Wednesday 29 January 2014

EBB 2013 : Kawa ER-6n

Brunei Bike Week 2013

Bismillahirahmannirrahim..

Sepanjang 2013 terlalu banyak peristiwa yang aku lalui. Salah satu diantaranya, aku berjaya memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Syukur tak terhingga kepada rezeki Allah turunkan pada aku. Alhamdulillah.

Semuanya bermula sejak aku memiliki motorsikal jenis Yamaha 135LC dan belajar di kolej lagi. Semasa zaman belajar, setiap kali cuti semester, aku akan ride seawal jam 3 pagi dari Sungai Buloh, Selangor menuju ke kampung halaman di Johor Bahru (kampung ke..?). Pengalaman ride dari Sungai Buloh telah banyak mengajar aku. Antaranya Brotherhood ! Tapi aku tak nak sentuh perihal tu dalam entri ni. Yang tu nanti aku cerita. Banyak lagi masa..hehe..

Edisi Baling Belakang 2013

Brunei Bike Week 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk pengetahuan, Edisi Baling Belakang 2013 (EBB 2013) merupakan satu projek menaip semula entri-entri atau peristiwa sepanjang 2013 yang hilang selepas blog aku mengalami masalah yang pernah aku ceritakan dalam entri pertama dalam blog ni.

Monday 27 January 2014

Weekend Ride 2014


credit : fb BMW Motorrad Club Malaysia

Bismillahirrahmannirrahim...

Okey, sebagai permulaan untuk 2014, aku telah merancang beberapa ride terjah yang boleh dikira tak berapa terancang jugak la, cuma nama pun ride terjah, jadi terjah je lah ! Ride kali ni aku pakai motor yang aku buat turun kerja. Lagipun dah lama "si hitam" tak jalan jauh. Ride pun ride yang santai.

Dengan sedikit perbincangan, maka housemate aku setuju nak ikut (Terimass..!) ride terjah ni. Ditambah pula dengan sorang kawan baru. Maka kami berempat memulakan perjalanan jam 9:45 pagi dari Lawas- Keningau. Cuaca pun cantik je. (yang dirancang pukul 8am !!!)

Tahun 2014

Yeargh !! Tahun lepas dua kali aku pindah rumah. Permulaan 2014 ni, sekali lagi aku pindah rumah. Blog aku yang lama sekali lagi kena "Blog Not Found". Kalau blog yang ni kena jugak, aku angkat tangan, angkat bendera putih, surrender. Tak tau apa masalah dengan blog-blog sebelum ni. Mental dibuatnya. Part paling menarik adalah dimana, aku tak pernah import atau backup setiap cerita dalam blog(..baca blog-blog..) sebelum ni. Oleh hal yang demikian, aku kena start from zero balik !