Wednesday, 29 January 2014

EBB 2013 : Kawa ER-6n

Brunei Bike Week 2013

Bismillahirahmannirrahim..

Sepanjang 2013 terlalu banyak peristiwa yang aku lalui. Salah satu diantaranya, aku berjaya memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Syukur tak terhingga kepada rezeki Allah turunkan pada aku. Alhamdulillah.

Semuanya bermula sejak aku memiliki motorsikal jenis Yamaha 135LC dan belajar di kolej lagi. Semasa zaman belajar, setiap kali cuti semester, aku akan ride seawal jam 3 pagi dari Sungai Buloh, Selangor menuju ke kampung halaman di Johor Bahru (kampung ke..?). Pengalaman ride dari Sungai Buloh telah banyak mengajar aku. Antaranya Brotherhood ! Tapi aku tak nak sentuh perihal tu dalam entri ni. Yang tu nanti aku cerita. Banyak lagi masa..hehe..

Sebelum memiliki Yamaha 135LC aku pernah memiliki Honda Ex5 yang mak aku belikan untuk aku. Tapi kena bayar balik. Masih ingat lagi, JKK 6875 nombor platnya. Tapi jodoh aku dengan motor tu tak lama, sebab kena curi masa aku sembahyang tarawikh di masjid perumahan aku ! Lepas dapat insuran, aku topup sikit untuk upgrade ke Yamaha 135LC. Ex5 merupakan pencetus minat aku terhadap permotoran ! Love u Ex5 !

Bertitik tolak dari situlah, 135 LC menjadi peneman aku setiap kali aku balik ke kampung halaman. Aku mula jatuh cinta dengan ER-6n semasa aku ulang alik dari Sungai Buloh ke Hospital Kuala Lumpur. Average perjalanan 50km+- sehari. Seawal jam 7.00 pagi aku dah mula bergerak, Masa tu kelajuan cuma 90-120km/j bergantung kepada trafik. Laluan aku adalah lebuhraya yang melalui Plaza Tol Jalan Duta. Setiap pagi jugaklah aku akan nampak sebuah ER-6n warna hitam yang akan memotong aku menuju ke Bukit Aman. Aku terus jatuh cinta pandang pertama la dengan motornya dan bukan tuannya ! Peristiwa berlaku sepanjang 2009-2010. Sejak hari tu, aku terus tanamkan niat nak bawak motorsikal tu, sampai terbawa-bawa dalam mimpi..heheh..

Bila dah berkhidmat di Sarawak sejak pertengahan 2011, aku ada sedikit lebihan, akhirnya tercapai juga niat aku untuk membeli motorsikal ni. Hampir lima tahun aku tanam impian. Pembelian bermula dengan hanya bualan kosong dengan kawan-kawan dan tuan kedai. Aku terus tertarik dengan pelbagai free-gift yang diberi. Disember 2012, aku letak deposit, kemudian bila motor sampai, aku bayar habis. Sepanjang menunggu sampai dari Kawasaki Dealer dari semenanjung, aku selalu telefon tuan kedai dan tanya "dah sampai ke belum?".. Punyalah excited sampai tak boleh tidur malam. Aku percaya, semua orang pernah mengalami benda yang sama macam aku ni. Bukan senang nak dapat motor macam ni terutamanya golongan macam aku !

Bila dah sampai, ada sedikit lagi masalah, dimana kenderaan ni perlu diperiksa oleh PUSPAKOM sebelum berada di atas jalan. Kenderaan Import Baru katanya. Aku terpaksa menunggu lagi seminggu. Motor simpan di kedai lagi. Nombor plat pun tak pasang lagi. Seminggu lagi aku tak dapat tidur. Dalam seminggu tu, dua kali aku berulang dari Limbang ke Lawas dengan 135LC, semata-mata nak cuba bawak motor baru tu, pusing-pusing kedai. Gian !

Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu dah dekat Chinese New Year. Aku terus rasa macam tak puas hati sebab prosedur lembab gila. Akhirnya aku difahamkan, pihak Puspakom dari Miri yang datang buat pemeriksaan. Masa tu macam-macam perasaan ada.

Jumaat, 25 Januari 2013, aku dapat call yang motor dah siap. Aku mintak cuti dari bos dan aku tumpang kawan yang kebetulan nak menuju kesana jugak. Aku terus bergerak ke Limbang. Untuk pengetahuan, jarak masa Lawas ke Limbang adalah lebih kurang sejam melalui daerah Temburong, Brunei Darussalam. Untuk orang semenanjung, kena empat kali cop disempadan. Sampai di kedai di Limbang, aku tengok motor aku dah siap. Aku ambik barang-barang free-gift dan balik ke Lawas semula !

Disitulah bermula Kembara ER-6n aku ! My first big-bike !

#throwback Wednesday

Nirvana- Smells like teens spirit
Twenty One Pilots - House of gold
RHCP - Hey 'O'  
Cage The Elephant- Come a little closer
Weezer - Buddy Holly

No comments:

Post a Comment