![]() |
| credit : fb BMW Motorrad Club Malaysia |
Bismillahirrahmannirrahim...
Okey, sebagai permulaan untuk 2014, aku telah merancang beberapa ride terjah yang boleh dikira tak berapa terancang jugak la, cuma nama pun ride terjah, jadi terjah je lah ! Ride kali ni aku pakai motor yang aku buat turun kerja. Lagipun dah lama "si hitam" tak jalan jauh. Ride pun ride yang santai.
Dengan sedikit perbincangan, maka housemate aku setuju nak ikut (Terimass..!) ride terjah ni. Ditambah pula dengan sorang kawan baru. Maka kami berempat memulakan perjalanan jam 9:45 pagi dari Lawas- Keningau. Cuaca pun cantik je. (yang dirancang pukul 8am !!!)
Sebenarnya sebelum kami bergerak, sebuah motor kena hantar servis dulu sebab semalamnya tuannya dah buang minyak enjin, kemudian berlaku sedikit masalah teknikal.
| 1,2,3,4 |
| Aliran trafik yang clear dan jalan tidak rata |
Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami masuk Sabah. Melepasi pintu imigresen antara negeri iaitu Sabah dan Sarawak. Cuaca pun cantik je.
Sesekali kami melalui kawasan tanah runtuh. Memang tak dapat nak snap gambar kawasan tu, sebab atas motor dan malas nak berhentikan motor. Sememangnya penduduk tempatan atau penduduk yang bermastautin tau jalan yang dilalui ni agak teruk dan semakin teruk dari hari ke hari.
| Selfie..keh..keh.. |
| Best jalan dia...hehe |
![]() |
| Restkan motor kejap, banyak sangat naik turun gear. |
Akhirnya jumpa jugak signboard ni. Tenom dah tak jauh. Lebih kurang 20++ km je lagi. Masa ni memang aku berhentikan motor, sebab ada kawan yang tertinggal jauh di belakang. Kecik aje nampak.
Sampai di Pekan Tenom, berhenti sekali lagi untuk isi minyak. Selesai je, terus menuju ke Keningau. Ikut batu jalan cuma 56km je lagi. Perjalanan diteruskan !
Sampai di Keningau, kami sekali lagi mengisi minyak untuk topup. Semasa di Keningau, Din (Ninja 250) ajak singgah satu kedai motor. Barang-barang spare-part memang murah. Aku sempat beli Spanar-T saiz 8mm dan 10mm, brake-shoe LC, dengan tubeless kit dengan jumlah harga RM43.60 ! Kedai tu memang baru dibuka. Untuk tambahan, coverset LC cuma berharga RM250 sahaja. Kalau di Lawas , memang tak dapat la harga macam tu. Lepas tu, kami singgah di Restoran Pak Kandar. Restoran ni memang port aku setiap kali melalui Keningau, , memandangkan dekat restoran ni ada menu Mee Bandung Muar yang sedap !
![]() |
| Sedap ooo..wajib makan Mee Bandung Muar di sini. |
Lepas makan dan rehat hampir sejam, kami memulakan semula perjalanan menuju ke Puncak Kimanis.
On The Bike !!!
Sepanjang perjalanan aku tak dapat nak snap banyak gambar, sebab jalan naik bukit dan berkabus tebal. Jarak penglihatan cuma lebih kurang 5-10 meter sahaja. Sepanjang perjalanan mendaki puncak Batu 16 Kimanis, aku hanya bawak 30-60km/j dengan lampu signal yang aku switch-on untuk keselamatan. Lebih kurang jam 3.00 petang kami sampai disana. Korang tengok sendiri le, macamana kabusnya.
| SAMPAI JUGA AKHIRNYA !! |
| Bikers dari Keningau katanya Kawasaki Voyager (oren) dan Honda Golwing 1.8 baru, siap sound system. |
"Punya sajukk !" Itu je yang mampu aku katakan. Layan dulu gambar.
Untuk pengetahuan, pokok kecik-kecik gambar bawah tu adalah pokok Strawberry.
Selesai "mengupi" (bahasa lokal) di Kimanis, kami pun tak tahan sejuk. Lebih kurang sejam je dekat situ, kami turun balik. Sememangnya perjalanan turun aku tak ambil gambar, kerana melalui bukit dan cerun yang curam, licin, berkabus macam gambar diatas. 110% tumpuan hanyalah pada tunggangan sahaja. Kalau kategori expert sekali pun tak digalakkan mencabar nyawa sendiri. Laluan balik bermula dari Kimanis menuju ke Beaufort (isi minyak) dan terus ke Sipitang. Hari semakin gelap. Aku sampai rumah di Lawas hampir jam 9 malam. Ride paling lenjan dengan si hitam. Perjalanan selamat semuanya. Alhamdulillah....!
![]() |
| Singgah Sipitang, wajib makan satay Sipitang ! |
ambar Enduro BMW (atas sekali) tu cuma impian dengan harapan lepas ni jadi kenyataan.
Coldplay - Paradise
Imagine Dragons- Demons
Foo Fighter - Walk
Linkin Park - Numb
Foo Fighter - Walk
Linkin Park - Numb





No comments:
Post a Comment